




Informasi Terkini

Informasi Terkini

Informasi Terkini

"Seni Silat terkenal sebagai suatu gaya seni pertahankan diri orang-orang Melayu di nusantara ini, warisan moyang ratusan tahun sebelumnya dan menjadi satu kemegahan masyarakat Melayu khususnya di Malaysia."
Hasrat untuk mendirikan Majlis Silat Negara telah berjaya dan kini dikenali sebagai Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia). Perubahan nama tersebut adalah kesan terhadap pembentukan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) pada 24hb. September 1979 yang mengakui Malaysia sebagai anggota pendiri PERSILAT di mana Malaysia, Singapura dan Brunei yang merupakan Negara pewaris silat yang banyak terdapat aliran silat yang memiliki asal usul dan badan induk di nusantara ini.

-
"Manusia Tanpa Ilmu, Manusia Buta.. Manusia Tanpa Harta, Manusia Sengsara.. Manusia Tanpa Agama, Manusia Binasa.. Manusia Tanpa Maruah, Manusia Hina.."
Allahyarham Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju
Pendekar Negara Malaysia / Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia -
"Tanah Melaka Tanah Pusaka, Tempat Lahir Panglima Negara, Wahai Pemudi Juga Pemuda, Bangunlah Kamu Mempertahankan Negara.."
Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman
Mahaguru dan Pencipta
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia -
“Kita jangan cepat luntur dalam usaha mencapai matlamat perjuangan.. Sekiranya kita tidak berjaya, anak kita akan mencapainya.. Jika tidak, cucu kita akan mencapainya.. Dan berusahalah bersungguh-sungguh serta bergantung hati pada Allah S.W.T.”
Allahyarham Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad
Pengasas
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia -
"Pendekar ialah insan yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalam ilmu persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat, seni budaya Melayu dan bersendirkan syarak.."
Allahyarham Pendita Tuan Guru Haji Anuar bin Abd. Wahab
Guru Utama
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia -
"Silat adalah jati diri orang-orang Melayu.. Orang Melayu mesti ada Silat dan Silat mesti ada orang Melayu.. Dan Silat adalah satu wadah perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negara.."
Tan Sri Datuk Seri (Dr.) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam
Presiden
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) -
"Selagi ada hayat dikandung badan, perjuangan Silat tetap akan diteruskan. Inilah sumbangan kecil ku pada negara agar dapat membantu melahirkan generasi muda yang mempunyai jati diri dan karektor keperibadian yang baik."
YB. Senator Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin
Setiausaha Agung
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)
-
Tentang
PESAKATEKAN DI SINI -
Struktur
PESAKATEKAN DI SINI -
Program
Pembangunan PESAKATEKAN DISINI -
Pautan
Silat di MalaysiaTEKAN DI SINI -
Galeri
PESAKATEKAN DI SINI -
Hubungi
PESAKATEKAN DI SINI
-
Hubungi:Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia
(PESAKA)
Suite 1-57, Jalan Prima SG 3/1,
Prima Sri Gombak, 68100 Gombak,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : +60.3.6186.8303
Faks : +60.3.6187.8303
Emel : info@pesaka.mySHARETWEETSHARESHARE