GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM 1SEKOLAH 1SILAT

  • Program 1Sekolah 1Silat merupakan inisiatif daripada Persekutuan Silat Kebangsaaan Malaysia (PESAKA) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia bertujuan untuk memperkasa dan memperkaya aktiviti silat yang telah sedia ada di sekolah. Melalui program ini, murid-murid boleh mengembangkan bakat dan minat dalam silat seni dan silat tandingdari peringkat sekolah hingga ke peringkat antarabangsa.

 

  • Program 1Sekolah 1Silat beroperasi selari / selaras dengan cadangan PESAKA MALAYSIA.Seni silat pula dikategorikan sebagai salah satu aktiviti pasukan badan beruniform yang wajib disertai oleh semua murid. Sehubungan itu, sebarang kegiatan program ini adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

 

  • Pengisian program ini selaras dengan hala tuju PPPM (2013 – 2025) yang mengharapkan murid-murid sekolah boleh membina negara bangsa dengan suatu identiti nasional yang berlandaskan perpaduan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

 

  • Aktiviti silat juga merupakan benteng ketiga pertahanan negara.
  • Penyemaian dan pengukuhan rasa cinta terhadap warisan budaya dan bangsa.

 

  • Pemupukan generasi muda yang berdikari, bersikap positif, sabar, berani menghadapi cabaran, mempunyai keyakinan diri dan juga jati diri.

 

  • Pelaksanaan pelbagai aktiviti di semua peringkat iaitu sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan termasuk aspek kejurulatihan dan kewasitan.
  • Murid-murid sekolah boleh mempelajari ilmu persilatan Melayusepertikemahiran silat seni dan silat olahraga sebagai medium persediaan ke persada pertandingan antarabangsa.

 

  • Murid-murid memperolehi kemahiran daripada jurulatih yang terlatih dan bertauliah.

 

  • Murid-murid berpeluang mengikuti pertandingan di pelbagai peringkat iaitu sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

 

  • Murid-murid berpeluang meningkatkan kemampuan diri melalui pengiktirafan melalui sukatan pelajaran perguruan dan program.