JAWATANKUASA KERJA

Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja ialah:

  1. Presiden, Timbalan Presiden, 2 Naib Presiden, Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung dan Bendahari.
  2. Yang Di Pertua atau seorang wakil tetap dari tiap-tiap Ahli Biasa yang dinamakan secara bertulis oleh ahli berkenaan.
  3. Tidak lebih 3 orang ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Presiden dengan persetujuan ahli Jawatankuasa Kerja.
  4. Tempoh perkhidmatan Jawatankuasa Kerja ialah selama 2 tahun dan mereka boleh dipilih atau dilantik semula.
  5. Pemegang-pemegang jawatan dalam PESAKA dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas pemerintahan dalam PESAKA hendaklah warganegara Malaysia.