DEWAN PERGURUAN

Dewan Perguruan adalah:

  1. Bertindak selaku penasihat yang saksama kepada Jawatankuasa Kerja dalam hal-hal keilmuan persilatan.
  2. Bertindak selaku penasihat yang saksama dalam memelihara nilai-nilai keilmuan silat dan dalam soal penurunannya demi kepentingan maruah silat, bangsa dan tanah air.
  3. Membuat dan menentukan asas-asas bagi menjalankan rancangan dan kegiatan PESAKA.
  4. Mengawasi dan memandu Jawatankuasa Kerja.

Ahli Dewan Perguruan adalah:

  1. Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung
  2. Mahaguru/Guru Utama dari 4 anggota pendiri PESAKA.
  3. 5 orang yang terdiri dari Mahaguru, Guru Utama atau Pakar Silat yang dipiliholeh Sidang Agung.