-
PESAKALOGO DAN BENDERALAGI INFO
Logo

- Logo PESAKA hendaklah diperbuat seperti di dalam gambarajah di atas.
- Satu bulatan yang melingkungi bulan sabit dan bintang 14.
- Mengelilingi bulan sabit dalam bulatan ialah perkataan “PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN MALAYSIA”.
- Dalam lingkungan bulan sabit ialah 2 bilah keris bersilang yang menunjang ke atas. Di antara dua hulu keris dengan mengikuti lingkaran bulan sabit ialah perkataan “PESAKA”.
- Warna logo PESAKA adalah berasaskan warna bendera Malaysia.
- Warna bulatan yang melingkungi bulan dan bintang 14 ialah merah.
- Warna bulan sabit dan bintang 14 ialah kuning dan kawasan di dalamnya ialah biru.
- Warna keris bersilang dan perkataan-perkataan “PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN MALAYSIA” dan “PESAKA” ialah warna putih.
- Tafsiran Logo
- Keris bersilang – Perpaduan, keutuhan dan keperwiraan.
- Bulan sabit – Keislaman
- Bintang 14 – Negeri-negeri di bawah Malaysia
Cogankata
” Bersatu Teguh Bercerai Roboh”
Bendera

Bendera “PESAKA” akan membawa lambang di tengah-tengah dan cogankata di bawah lambang “PESAKA”.
-
Hubungi:Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia
(PESAKA)
Suite 1-57, Jalan Prima SG 3/1,
Prima Sri Gombak, 68100 Gombak,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : +60.3.6186.8303
Faks : +60.3.6187.8303
Emel : info@pesaka.mySHARETWEETSHARESHARE